Monday 18 July 2011

Mari Membaca

     
1) ATAP
2) ITIK
3) MANIS
4) BERSIH
5) LOMPAT
6) KILANG
7) GORENG
8) TERUNG
9) KOSONG
10) PUDING

Sunday 3 July 2011

Modul Pengajaran Asas Literasi Tahun 2
Modul Pengajaran Asas Literasi Tahun 2 disediakan khusus untuk membantu guru melaksanakan program LINUS. Penyediaan modul ini mengambil kira murid LINUS yang masih belum berupaya menguasai kemahiran literasi walaupun telah mengikuti program Program LINUS semasa di Tahun Satu.

Modul ini juga disediakan berdasarkan konstruk yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menguji keupayaan murid menguasai asas literasi.

Murid yang belum menguasai asas literasi walaupun berada di Tahun Dua berkemungkinan mempunyai masalah pembelajaran. Oleh itu guru perlu bijak menangani masalah ini agar murid dapat dibantu untuk menguasai asas literasi.
Modul ini memuatkan senarai kemahiran yang perlu diajar iaitu membaca, memahami, membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat.

Kesemua kemahiran ini dipersembahkan dalam beberapa unit. Terdapat sembilan unit yang disediakan berdasarkan 12 konstruk yang ditetapkan untuk menilai keupayaan asas literasi. Guru tidak perlu mengajar semua kemahiran yang disediakan dalam modul ini sebaliknya, guru memberikan tumpuan pada kemahiran yang belum dikuasai.

Sehubungan dengan itu, satu set ujian diagnostik telah disediakan untuk guru mengenal pasti titik permulaan kemahiran yang perlu diajarkan kepada setiap murid. Pengajaran dan pembelajaran dalam kumpulan kecil amat digalakkan untuk murid LINUS tahun 2.

Modul ini memuatkan cadangan aktiviti dan latihan yang boleh dilaksanakan. Cadangan aktiviti dalam modul ini adalah sebagai contoh sahaja. Kreativiti dan inovasi guru dalam menggunakan modul ini amat diharapkan untuk menyesuaikan kandungan modul ini dengan kebolehan murid mereka yang pelbagai aras.

Usaha menyempurnakan Modul Pengajaran Asas Literasi Tahun 2 ini melibatkan banyak pihak terutamanya guru, pensyarah IPG dan pegawai Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pelajaran Negeri. Kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan sehingga terhasilnya modul ini, Kementerian Pelajaran Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih.

Wednesday 29 June 2011

Ø Baju baharu
Ø Ini baju baharu Nani

Ø Roti kaya
Ø Ini roti kaya

Ø Paku besi
Ø Ini paku besi

Ø Kelapa muda
Ø Ini kelapa muda

Ø Bola hoki
Ø Ini bola hoki
Ø